dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jkr Cyber Day 2024 Bersempena Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (Hptn) 2024

22 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2024 (Khamis) – Program JKR Cyber Day 2024 Bersempena Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 telah berlangsung selama dua hari bermula dari 20 November hingga 21 November 2024 yang melibatkan semua petugas di NADI Putrajaya bergabung bersama wakil Suruhanjaya Komunikasi Dan Maklumat (MCMC). Program ini berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3 Putrajaya bermula dari 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.

Program ini bertujuan untuk menghebahkan kelebihan dan program yang ditawarkan di NADI Putrajaya kepada komuniti dan masyarakat berkenaan pelancaran Perkhidmatan Pintar di setiap NADI berdasarkan 5 teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan yang telah disasarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Maklumat (MCMC) demi mencapai 1 juta ahli baru NADI.

Pelbagai aktiviti menarik yang berada di reruai pameran antaranya sesi kuiz Klik Dengan Bijak, permainan dadu dan sesi bergambar bersama para peserta yang mendaftar menjadi ahli NADI. Setiap peserta diberikan juga cenderahati apabila menjadi ahli NADI. Seramai 95 orang ahli NADI baru yang terkumpul telah berdaftar sepanjang dua hari program ini berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.